04 March, 2011

Silver ohhh Silverrr.......

As Salam dan Selamat Pg buat pembaca sekelian ,

Sebelum nie kita dah cerita tentang emas dan hari nie jom kita layan cerita pasal silver pulak. Melihat kepada trending semasa silver menunjukkan peningkatan yg cukup ketara berbanding emas. Sebelum nie saya sendiri pon kurang beri perhatian kepada kenaikan harga silver.

Kenaikan harga emas dan perak nie antaranya disebabkan ekoran tindakan pihak2 bank dan kerajaan yg telah menambah bertrilion dolar Amerika bertujuan melancarkan aliran wang dipasaran tempatan sekaligus merancakkan kembali ekonomi Amerika Kebimbangan terhadap ketidakstabilan harga ekonomi Amerika dan krisis kewangan diEropah juga menjadi faktor timbulnya spekulasi lebih banyak wang kertas akan dicetak bagi memulihkan ekonomi semasa sekaligus melemahkan nilai dolar dan meningkatkan harga emas dan perak dan harga komoditi yg lain. Perhatikan graf kenaikan silver pada tahun 2010.


Jika diperhatikan kepada trending 2010 kenaikan harga silver sekitar 80%

Pada bulan Dis 2010 sebelum saya berangkat ke China, saya sempat lock Public Silver (PS) 250g seperti  kat bawah nie :











Hari ini harga PS 250g - RM1160. Kenaikan sekitar 23% dalam tempoh 3 bulan.

Kesimpulannya Emas dan Silver merupakan simpanan & pelaburan yg bijak.

Pesanan aSpiraSiemasku :

'Setiap simpanan Emas dan Silver yg cukup tempoh matangnya hendaklah dizakatkan.Zakat itu tidak membebankan kita, malah kutipan zakat kita akan disalurkan kepada pihak yg memerlukan.
Itu salah satu dpd tanggungjawab kita sebagai Khalifah dibumi Allah'

Sama2 kita mendapat manfaat dpdnya.

Sekain Wassalam.

"

1 comment: