25 December, 2011

Kaedah menyuburkan simpanan Emas dan Perak


Nisbah Emas/Perak 2011

Sekali lihat gambar di atas, kalau kita tiada ilmu, maka memang tidak faham apa yang cuba digambarkan oleh rakan saya ini. Jadi saya beri sedikit penjelasan berkenaan dengan gambar di atas.

Apa yang anda lihat adalah Nisbah 1oz Emas/Perak sepanjang tahun ini. Rekod beliau ini merupakan rekod yang penting sekiranya anda ingin memanipulasi emas dan perak anda tanpa melakukan teknik pajakan ar rahnu langsung. Apa yang anda perlukan hanyalah kemahiran melihat nisbah emas dan perak. Kaedah ini sangat sesuai digunakan bagi newbie dan juga jika kita mempunyai modal yang terhad untuk menambah emas dan perak kita. Jadi daripada kita membeli dan simpan sahaja, jika kita dapat mengetahui dan menguasai kaedah ini, maka simpanan emas dan perak kita menjadi subur dan dapat diperbanyakkan dengan kos yang sedikit.

Lihat pada baris ke-4 iaitu Nisbah 1oz Emas : bilangan oz Perak. Jika anda lihat column AVG (average) pada bulan Disember, nisbah 1oz Emas dengan 1oz Perak paling besar. Secara kasarnya jika anda memiliki 1oz Emas sekarang, ianya bersamaan dengan 53.90 oz Perak.

Bagaimana ingin menggunakan kaedah ini bagi menyuburkan simpanan emas dan perak anda sepanjang Bull Market ini? Senang sahaja kaedah ini, Sebagai contoh kasar :

(Rujuk column AVG)

1. Anda membeli 47.76 oz Perak pada bulan Januari, ianya bersamaan 1 oz Emas

2. Pada bulan April, apabila nisbah semakin mengecil, anda jual 35.12 oz perak dan anda dapat 1oz emas. Anda memiliki lebihan oz Perak ditangan sebanyak 12.64oz. Anda simpan keduanya dan tunggu ratio yang makin besar.

3. Pada bulan Disember, ratio semakin besar, anda menjual pula 1oz Emas dalam tangan anda tadi dan anda akan mendapat 53.90 oz Perak. Jumlah Perak di tangan anda sekarang adalah 53.90oz + 12.64oz = 66.54oz. Sekarang anda dapat lihat yang simpanan silver anda makin subur. Simpanan silver anda makin subur dengan pertambahan sebanyak 18.78oz, bersamaan 39% peningkatan.


* Mungkinkah ratio yang kecil seperti bulan April yang lalu boleh kita temui lagi tahun 2012 nanti??? Rakan Saya Tokey SilverGold menggelarkannya Tragedi April :-) so marilah kita sama2 melalui tahun 2012 nanti bersama2 dalam pelaburan emas dan perak fizikal ini dan jangan lupa jenguk2 ratio emas/perak ni.. Saya berdoa agar ratio seperti itu muncul lagi tahun hadapan :-)..Amin.

Ini merupakan pengiraan kasar tanpa mengambil kira spread emas dan perak kerana saya mengira direct penukaran emas dan perak bagi memudahkan anda memahami konsep ini. Jika anda menggunakan teknik ini dalam realiti, anda perlu mengambil kira kos spread,premium dan kos-kos lain dalam melaksanakan teknik ini. Anda mungkin perlu menambah sedikit kos bagi memenuhi syarat teknik ini. 


Teknik ini juga boleh digunakan untuk menyuburkan simpanan emas kita. Caranya secara kasar apabila ratio semakin mengecil kita mula dengan membeli 1oz Emas dan apabila ratio menjadi besar, kita jual 1oz emas tadi dan beli silver dan apabila ratio kembali mengecil kita jual silver tersebut dan  beli emas kembali. Kita akan mendapat emas dan lebihan perak di tangan Insyaallah semakin lama lebihan perak tadi jika kita kumpul mampu ditukar dengan 1oz emas juga, maka makin subur dan bertambahlah emas kita.

Ehsan dpd sunnahmoney.blogspot.com


admin aSpiraSiemasku |019 22 38 072|

14 November, 2011

03 November, 2011

Senarai Ejen2 aSpiraSiemasku

Shamsir Faizal Sanusi
M: +6013 620 8008
Area : Sungkai, Petaling Jaya, Selayang, Lembah Klang



Ab Rashid Atan
M: +6013 684 7197
Area: Bandar Penawar, Kota Tinggi, Kluang 


     
                                                               
                                                                          Rohaya Arof
                                                                   M: +6012 217 1319
                                                  Area : Bukit Tinggi, Klang, Port Klang, Shah Alam


                                                           

                                                          Shah Rahmat (admin aSpiraSiemasku)
                                                                M: +6019 22 38 072
                                       Area : Shah Alam, Klang, Lembah Klang, Muar, Batu Pahat, Melaka

25 October, 2011

Harga Deepevali

Salam semua,

Lama rasenyer tak masuk blog...kebetulan hari nie sambutan deepavali and seperti yg dijangka harga emas mendadak naik.  Bagi mereka yg kurang maklum India merupakan antara negara terbesar pembeli emas. So tidak hairanlah permintaan di musim perayaan ini harga sedikit terkejut :)...

Kepada anda yg sudah memiliki emas, sabar and terus sabar..ia akan mendaki juga..masa akan menentukan..anda tidak akan rugi selagi emas berada ditangan anda !



Admin aSpiraSiemasku.

10 October, 2011

makluman gangguan website PublicGold....

Salam Sejahtera buat pembaca semua,

Dimaklumkan website PublicGold (PG) sedang mengalami gangguan and semua direct link ke website berikut akan mengalami masalah. Utk menyemak senarai harga terkini sila layari http://www.publicdinar.com.my/liveprice.html


Sekian buat makluman semua.
Admin aSpiraSiemasku

23 September, 2011

Harga turun lg !!!!

As Salam semua and Salam Sejahtera,

Berita baik buat anda yg menunggu waktu kejatuhan harga emas dan silver. Inilah masa utk anda semua melabur dan peluang utk menambah stock yg telah tersedia ada. Untuk posting kali nie jom kita tgk harga silver pulak...

Setakat jam 10 mlm ini ;




Kenapa Silver ?....jom kita tgk chart setahun yg lalu..


dpd september last year ( 21 per ounce) sampai may tahun nie nilai silver pernah mencecah sehingga 49 per ounce. So anda tentu bijak utk mengira peratus kenaikan harga silver. More then 80% !!!!...

Jika anda berminat..tergerak hati...tak tahu mcm maner nak dptkan silver...kami sedia membantu anda.

Hubungi kami di aSpiraSiemasku 019 2238072.

16 September, 2011

Latest price 16/09/11..check it outtt

As Salam and Salam Sejahtera,

Jom kita semak harga semasa utk hari ini setakat jam 10:05pm mlm tadi .




Bagi wanita2 yg teringin memiliki rantai emas, produk terbaru PG sedia menanti anda dgn harga lebih rendah dpd kedai2 emas. Jaminan trade in lebih tinggi dpd kedai emas.



Jika berminat sila hubungi kami di aSpiraSiemasku 019 22 380 72

-terima kasih kerana sudi singgah di blog kami-

15 September, 2011

Coretan terkini

As Salam dan Selamat Pagi semua,

Tersenyum sebentar tuan admin melihat kepada trending semasa. Kepada anda diluar sana yg teringin utk memiliki gold bar, gunakan peluang ini untuk menambah stock anda. Bagi anda yg sedang memikirkan jgn tunggu lama2. Harga emas pernah mencecah 1900 per ounce. Jom kita tgk live chart dalam tempoh 24jam yg lalu dan chart dpd awal tahun.



















Saya terbaca artikal dpd bloomberg yg mengatakan harga emas dijangka mencecah 3000 per ounce sekitar march 2013.

http://www.businessweek.com/news/2011-09-14/gold-poised-to-reach-3-000-in-2013-oro-mining-s-brownlie-says.html 


Jika benar jangkaan diatas, kenaikan hampir sekali ganda berbanding harga semasa. Anda masih belum terlambat. Hubungi kami utk memiliki emas ataupun perak. Kami sedia membantu anda.

-Admin aSpiraSiemasku 019 22 380 72-

08 September, 2011

September 2011 Promotion: i-Plan
i-Plan= i-buy + i-save + i-like
Promotion Description: 
Promotion period        : 1st September 2011 until 30th September 2011
Promotion type           : Buy i-Series 22k jewellery and get rewarded package.
 RM100 cash voucher rebate

FREE iPad 2
Every purchase of 100gm i-Series 22k in a single invoice will be rewarded with ONE RM100 Public Gold cash voucher.
*Purchase could be from a mixture of 5gm, 10gm, 20gm, 50gm, or 100gm i-series
Wait!!!
There’s more!!!
An accumulative purchase of RM500, 000.00 during the above mentioned period would be entitled for an iPad 2 for FREE.

CALL US NOW!!! DON'T MISS THIS ONE TIME OPPORTUNITY





*Terms and condition:
1. This promotion is open for all customers and Public Gold dealers.
2. This promotion is only applicable for purchase of Public Gold i-Series 22k Product and applicable only for purchase made during the above mentioned promotion period.
3. The RM100 Public Gold cash voucher would be given ONLY during product collection (full payment).
4. Purchases through Easy Payment Purchase (EPP) would NOT qualify for this promotion.
5. iPad 2 qualifiers will be handed the unit(s) qualified during 11th November 2011 (Gala Dinner 2011).
6. The accumulative calculation on the RM500, 000.00 per unit is only eligible with condition that all accumulative purchase payment is settled strictly by 15th October 2011.
7. The accumulative calculation is based purely on personal sales ONLY.
*Personal sales define as personal purchase which entitles buyer to qualify for both RM100 cash voucher and iPad 2 calculations.
*Personal sales also include dealers recruiting new dealers, this accumulation will only entitle for the iPad 2 calculation.
8. Every individual or account is entitled to a maximum of 2 units of iPad 2 ONLY.
Others:
Options are open for any new customer who wishes to join as Dealers or Priority Dealer through this promotion.
Disclaimer:

1. Public Gold’s management team holds the right to make the final decision if in case any dispute or disagreement occurs.

20 August, 2011

Renungan

Keadaan dunia jejas kos sara hidup



PASARAN saham dunia melalui satu lagi ujian getir pada 2011. Hal ini dapat dilihat apabila nilai saham berjumlah lebih daripada 62 bilion pound sterling lenyap di pasaran saham London baru-baru ini apabila indeks FTSE-nya jatuh sebanyak 239 mata atau 4.5 peratus kepada 5092.

Perkara serupa berlaku terhadap Dow Jones Industrial Averase (DJIA) AS apabila ia merekodkan kejatuhan lebih 419 mata atau 3.7 peratus kepada 10991.

Sistem ekonomi dunia yang saling berkait telah menyebabkan apa yang berlaku di AS itu turut memberi kesan kepada pasaran saham lain di seluruh dunia termasuk Malaysia apabila KLCI turut jatuh iaitu di bawah paras 1500 mata.
Kejatuhan pasaran saham dunia ini adalah kesan daripada pengumuman yang dibuat oleh agensi penarafan kredit terkemuka dunia iaitu Standard & Poor’s (S&P). Secara khususnya penurunan taraf kredit AS daripada AAA kepada AA+ iaitu pertama kali berlaku dalam sejarah bukan sahaja memburukkan ekonomi AS tetapi dunia kerana dunia boleh sekali lagi terjerumus ke dalam kancah krisis ekonomi jika tidak ditangani secara komprehensif oleh AS khususnya dan lain-lain negara atau kuasa ekonomi amnya.

Kesan langsung daripada penurunan taraf yang dibuat oleh Standard & Poor’s (S&P) itu telah membawa kepada kejatuhan nilai pasaran saham sebanyak AS$2.5 trilion dalam tempoh seminggu sahaja selepas ia diumumkan. Dengan kata lain penurunan taraf ini telah mengundang rasa panik, hilang kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan pengguna terhadap perniagaan dan pasaran kewangan.

Sesetengah pihak beranggapan usaha pemulihan ekonomi AS sebelum ini boleh diibaratkan sebagai ‘terhenti’. Andaian dan harapan sesetengah pihak bahawa ekonomi dunia akan pulih selepas AS melancarkan pakej pemulihan ekonominya pada 2007 ekoran krisis subprima mungkin boleh dianggap sebagai meleset. Hari ini harapan yang dimahsyurkan oleh AS kepada warganya dan seluruh dunia tentang perancangan pemulihan ekonominya itu bagaikan menuju jalan ‘mati’.

Seperti diketahui jumlah hutang subprima AS pada Mac 2007 berjumlah AS$1.3 trilion telah meningkat sebanyak 79 peratus iaitu daripada AS$730 bilion pada 2006. Kesan daripada krisis ini telah membawa kepada krisis ekonomi dunia. Negara terbabit telah memperuntuk sejumlah dana pemulihan ekonomi yang cukup besar. Sebagai contoh kerajaan AS memperuntukkan AS$700 bilion, Great Britain sebanyak 500 bilion pound sterling, China AS$586 bilion dan Malaysia sendiri sebanyak RM12 bilion atas nama untuk keluar dengan kadar segera dari kancah kemelesetan ekonomi. Namun demikian apa yang berlaku hari ini jelas menunjukkan bahawa dunia masih belum bebas sepenuhnya dan tidak mustahil terjerumus sekali lagi ke dalam kancah kejatuhan ekonomi kali yang kedua dalam tempoh tidak sampai sedekad.

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa strategi menyuntik sejumlah dana pemulihan ekonomi yang besar belum mampu membebaskan mereka daripada kemelut kelembapan ekonomi. Dengan kata lain kerajaan setiap negara perlu memberi penekanan terhadap pembentukan polisi dan pakej rangsangan dan agihan yang lebih komprehensif dan cekap. Di samping itu satu usaha ke arah mewujudkan kerjasama lebih erat di peringkat serantau, antarabangsa dan global amat perlu diusahakan. Pendekatan sedemikian mampu membantu negara terbabit membangunkan pelan pemulihan ekonomi yang komprehensif di ketiga-tiga peringkat pemulihan iaitu jangka pendek, sederhana dan panjang negaranya sahaja tetapi serantau, antarabangsa dan dunia.

Namun demikian usaha memulihkan ekonomi bukan sahaja mengambil masa tetapi menuntut kerjasama politik yang tinggi (domestik, serantau, antarabangsa dan dunia). Ekonomi sesebuah negara akan lebih sukar untuk dipulihkan sekiranya ahli politiknya lebih gemar mencari keuntungan politik dari duduk bersama mencari jalan pemulihan terbaik.

Kerajaan

Hakikat jelas membuktikan bahawa realiti ekonomi negara hari ini banyak dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi dunia. Sebagai sebuah kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat maka ia bertanggungjawab memastikan kelangsungan ekonomi Malaysia. Isu-isu seperti peningkatan inflasi, kos sara hidup, gejala sosial, jenayah dan kesukaran mendapat pekerjaan amat berkait rapat dengan masalah kemeleseten ataupun kelembapan ekonomi. Untuk itu ia harus ditangani secara terancang dan bukan bersifat ad hoc.

Mengambil kira kadar inflasi negara seperti dilaporkan pada Julai 2011 ialah 3.1 peratus berbanding purata untuk tempoh 2005 hingga 2010 iaitu 2.77 peratus jelas menunjukkan persekitaran ekonomi semasa dunia telah menyumbang kepada peningkat inflasi dan ekonomi negara. Dengan kata lain jika permasalahan ekonomi dunia hari ini tidak ditangani dengan baik maka tidak mustahil untuk negara sekali lagi terjurumus kepada kadar tertinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah negara iaitu 8.50 peratus pada Julai 2008.

Untuk itu agensi-agensi kerajaan dan swasta terutamanya yang berkaitan dengan penghasilan barangan pengguna perlu mengambil langkah proaktif dalam memastikan mereka dapat berperanan secara efektif dalam segala aspek berkaitan penghasilan barangan pengguna ataupun penghasilan negara dapat dilakukan pada tahap kecekapan tertinggi. Dengan kata lain agensi-agensi kerajaan berkaitan sewajarnya menyediakan polisi dan sokongan berkesan dalam mendokong pengamal industri menghasilkan produk mereka secara cepat, murah, berkualiti, selamat dan konsiten. Jika usaha kolektif ini (agensi kerajaan dan pengamal industri) dapat direalisasikan maka adalah tidak mustahil untuk negara menurunkan lagi kadar inflasinya iaitu ke tahap lebih rendah.

Di samping itu kerajaan turut perlu memastikan dasar monetarinya bersesuaian dengan persekitaran semasa, dasar fiskal yang berhemat dan menjurus kepada kecekapan maksimum, memastikan kawalan harga barangan melalui penguatkuasaan benar-benar berlaku dan secara berterusan, melakukan kawalan bekalan seperti melonggarkan kuota import bila perlu, mewujudkan stok penimbal kebangsaan, memastikan Pusat Panggilan Kebangsaan benar-benar berfungsi secara berkesan dalam menerima aduan pengguna dan menyalurkannya kepada pihak berwajib untuk tindakan penguatkuasaan. Majlis Harga Negara yang telahpun wujud wajar berperanan pada tahap kecekapan tertinggi dalam memantau paras harga dan merangka dasar bersesuaian bagi menjamin kestabilan harga dan kecekapan sistem bekalan dan pengedaran negara tercapai.

NKRA dan NKEA

Kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat juga wajar ditangani secara serius. Menjadikannya sebagai satu lagi NKRA negara adalah satu langkah yang baik. Namun begitu ia sepatutnya lebih awal lagi telah menjadi salah satu daripada NKRA. Pada dasarnya banyak faktor yang menyumbang kepada isu peningkatan kos sara hidup ini. Salah satu punca utamanya ialah pendapatan perkapita rakyat yang masih rendah. Menguatkuasakan undang-undang berkenaan pembayaran gaji minimum adalah penyelesaian jangka pendek. Langkah yang lebih wajar diambil ialah mentransformasi sektor pembuatan dan perkhidmatan negara sepenuhnya.

Petikan dpd Utusan Malaysia 21/8/2011

09 August, 2011

Berita baik buat pemilik2 Emas

Salam buat pembaca semua,

Sebagaimana yang kita sedia maklum harga emas terkini menunjukkan lonjakan yg agak drastik. Bagi anda diluar sana yg belum memiliki emas, belilah sekadar yg mampu sebelum harga terus meningkat. Emas merupakan aset terbaik utk simpanan jangka masa panjang (menunaikan haji,umrah, pendidikan anak2 dan simpanan hari tua ). Hartanah juga merupakan satu pelaburan yg baik tp nilai mampu milik yg agak besar menyebabkan pelaburannya agak terbatas bagi sesetengah individu.

Jom kita semak harga emas terkini;

Harga emas pada bulan May 2011 ;


Harga emas terkini  10/8/2011 13:40


Semoga ada hati2 yg terbuka utk memilik emas. Tukarkan duit kertas anda kepada emas. Kami di aSpiraSiemasku sedia membantu anda memiliki emas.
Jika berminat sila hubungi kami di 019 22 380 72

-Admin aSpiraSiemasku-

03 August, 2011

Seminar Emas (August 2011)

Jom tambahkan pengetahuan anda mengenai emas dan pelaburan emas. Sila layari info dibawah ;










Sila klik untuk zoom gambar

23 June, 2011

News from Bloomberg


Gold May Decline From Seven-Week High as Fed Damps Stimulus Speculation

Gold may decline from a seven-week high in London as the U.S. central bank damped speculation it would expand stimulus measures and the dollar strengthened, curbing demand for the metal as an alternative investment.
The dollar gained versus six major currencies after the Federal Reserve’s policy meeting yesterday and on prospects Greek Prime Minister George Papandreou will face difficulty in getting parliamentary approval next week for a package of budget cuts and asset sales. Gold yesterday climbed within 1.3 percent of a record set last month.
“People are now expecting no QE3,” and that’s one of the factors pressuring gold, said Bernard Sin, the head of currency and metal trading at MKS Finance SA, a bullion refiner in Geneva. “The market is reacting a bit to the dollar, and that’s why we’re seeing a bit of profit-taking. In the longer term, people will move back into gold.”
Immediate-delivery gold fell $3.63, or 0.2 percent, to $1,545.32 an ounce by 8:40 a.m. in London. The metal reached $1,558.25 yesterday, the highest price since May 2. Gold for August delivery was down 0.5 percent at $1,545.30 an ounce on the Comex in New York.
Policy makers decided to keep the Fed’s balance sheet at a record to spur the economy after completing $600 billion of bond purchases this month in a second round of quantitative easing, or so-called QE2. The U.S. economy is recovering at a “moderate pace, though somewhat more slowly” than the central bank had expected, Fed Chairman Ben S. Bernanke said yesterday.

Aid Conditions

European finance chiefs will decide on July 3 whether Greece has met conditions for its next aid payment. Antonis Samaras, leader of the opposition in the Greek parliament, said his party will vote against the government’s new austerity measures, contrary to European Union calls for unity, the Financial Times reported, citing an interview.
Gold is up 8.8 percent in 2011 after climbing the past 10 years, the longest run of gains in at least nine decades. Europe’s debt crisis helped bullion reach a record $1,577.57 on May 2. The metal climbed to an all-time high of 965.84 British pounds today.
Marc Faber, publisher of the Gloom, Boom & Doom report, still favors gold and silver and will keep accumulating gold, even as prices of the metals may decline in the next three months, he said in an interview on Bloomberg Television’s “On the Move Asia.”
Silver for immediate delivery fell 0.5 percent to $36.18 an ounce in London. Palladium declined 0.6 percent to $760 an ounce. Platinum was down 0.8 percent at $1,725.30 an ounce after falling to a three-month low of $1,721.30.
To contact the reporters for this story: Nicholas Larkin in London at nlarkin1@bloomberg.net; Phoebe Sedgman in Wellington at psedgman2@bloomberg.net
To contact the editor responsible for this story: Claudia Carpenter atccarpenter2@bloomberg.net