28 February, 2011

Perak Lancar Dinar Emas Dan Dirham Perak

IPOH: Kerajaan Negeri Perak pada Isnin melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak, khusus untuk simpanan dan pelaburan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, dinar dan dirham itu mempunyai kandungan 99.9 peratus emas dan perak iaitu bersamaan emas 24 karat.
Beliau berkata, dinar dan dirham berkenaan lebih berkualiti jika dibandingkan dengan produk pertama yang dihasilkan tokoh ilmuwan Islam Abdul Malik ibn Marwan pada tahun 75 hijrah iaitu 1,357 tahun lalu yang mengandungi 97 peratus kandungan bahan.
"Tetapi ini (dinar dan dirham) bukanlah berbentuk mata wang tetapi sebagai instrumen baru sebagai simpanan dan pelaburan," katanya kepada pemberita selepasmajlis perasmian Dinar Emas dan Dirham Perak di sini, Isnin.
Dr Zambry berkata, pengeluaran dinar dan dirham berkenaan yang telah dibincangkan sejak tahun 2005, dikeluarkan Goldnet International Sdn Bhd (Goldnet), sebuah syarikat usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Katanya, sebagai permulaan sebanyak 1,000 keping dinar emas dan dirham perak telah dicetak dan akan dipasarkan melalui Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) dan Nusantara Bullion Exchange (Nubex Sdn Bhd).
Ia membabitkan empat jenis instrumen iaitu setengah dinar emas seberat 2.125 gram dengan harga RM345, satu dinar emas seberat 4.25 gram pada harga RM690 dan dua dinar emas seberat 8.5 gram pada harga RM1,380 manakala set dirham perak dijual pada harga RM260.
Pada muka hadapan instrumen itu dicetak dengan lambang kerajaan negeri Perak manakala di bahagian belakang pula terdapat cetakan yang serupa dengan mata wang yang dihasilkan pada zaman Khalifah Abdul Malik ibn Marwan.
Majlis itu dimeriahkan dengan persembahan nasyid kumpulan Rabbani dan penyanyi antarabangsa Maher Zain. - BERNAMA

27 February, 2011

Pengalaman di Ar Rahnu AgroBank

As Salam dan selamat pg pembaca sekelian :)

Utk posting kali ini saya akan berkongsi pengalaman saya sewaktu berurusan di Ar-Rahnu Agrobank Klang.
Soalan pertama saya ' Bank terima tak emas Public Gold '. Executive Agrobank confirmed yg mereka terima. So confirmed emas Public Gold memang authorized. So tak ada masalah utk menyimpan emas Public Gold.

Tujuan saya ke Agro Bank adalah utk :

1. Pastikan berat dan ketulenan emas Public Gold adalah tepat
2. Untuk dptkan modal @ rolling simpanan emas (tujuan sebenar nie :) )
3.Mendapatkan info yg lengkap tentang menggadaikan emas di Agrobank
4. Pastikan samaada AgroBank menerima emas Public Gold.

Untuk tujuan gadaian pastikan anda membawa :

1. Emas yg hendak digadai
2. Sijil Emas (setiap pembelian emas di PG disertakan sijil)
3. Kad Pengenalan

20gram

Disni saya sertakan salinan pajakan di AgroBank :





































Pengiraan :

Pihak AgroBank memberikan nilai pinjaman 70% dpd nilai emas.

Rate pajak pada hari tersebut adalah RM165.80 (lebih tinggi dpd current value, so bleh dpt byk modal :) )

So 20g x RM165.80    = RM3316.00  ---> (nilai emas)

Jumlah pinjaman :

70% dpd RM3316   = RM2321.20 ----> Jumlah pinjaman yg dibenarkan

So saya ambil RM2300 jer.Senang kira :)


Pengiraan Upah Simpan :

Anda boleh buat semakan di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu 


Margin financing
Storage fee rate
50% and below
RM0.50/100
50.1% to 60%
RM0.60/100
60.1%  to 70%
RM0.75/100


So berpandukan table diatas upah simpan yg dikenakan kepada saya adalah :

[RM3316 x 0.75] / 100  = RM24.87 sebulan

Utk 6 bulan                      =RM149.22

Anda boleh tebus emas anda lebih awal. Tak ada masalah. So upah simpannya pun murah sikit.


Menebus kembali emas

Anda kene bawa resit AgroBank seperti diatas bersama jumlah wang pinjaman dan upah simpan.
Anda akan dpt kembali emas yg anda cagarkan. Mudah kan :)


Sedikit info lain mengenai Ar-Rahnu Agrobank ;

1.Nilai pinjaman maksimum yg dibenarkan adalah RM50k
2.Maksimum RM10k utk satu hari (kalo nak lebih datang next day)
3.Tempoh pajakan 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (kalo rase nak sambung pajak)
4. Tak semua branch Agrobank menyediakan Ar-Rahnu. Sebelum pergi pastikan@telefon dulu. (contact no refer kat sini http://www.agrobank.com.my )



Sekian

Salam dpd admin aSpiraSiemasku

AR- RAHNU @ Pajak Gadai Islam

As Salam pembaca sekelian ,

Hari ini saya akan berkongsi tentang konsep Ar-Rahnu ataupun pajak gadai islam. Apabila bercakap mengenai emas kita tidak dapat lari dpd persoalan mengenai Ar Rahnu.
Ar Rahnu merujuk kepda mekanisme di mana suatu barang berharga dijadikan sandaran yg terikat dengan hutang bercagar yg boleh dibayar dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

Dalam maksud yg mudah adalah kita mencagarkan emas utk tujuan pinjaman.

Kenapa kita perlu ke Ar Rahnu, ini satu persoalan yg selalu ditanya. Bagi kebanyakkan tujuan adalah untuk mendapatkan wang utk tujuan tertentu. TAPI bg mereka yg bijak Ar Rahnu digunakan sebagai tempat utk mendapat modal utk tujuan pembelian emas sewaktu harga rendah. Itu yg saya lakukan. Duit yg anda dpt (sekitar 70% dpd harga cagaran) dan dtambah dengan sebahagian simpanan digunakan utk tujuan pembelian emas. Dgn cara begini anda dpt memaksimumkan simpanan emas sewaktu keadaan harga emas yg rendah.

Nantikan posting  pengalaman saya sewaktu berurusan di Ar Rahnu Agro Bank.

Sekian.

25 February, 2011

Anda berminat menjadi Ejen EMAS/PERAK Public Gold

Kami di aSpiraSiemasku sedang mencari ejen yg berminat diseluruh negara.
Jadilah antara yg terawal bersama kami di aSpiraSiemasku.

Kebaikan :

1. Info anda akan dipaparkan di blog aSpiraSiemasku
2. Maklumat jualan dan belian anda boleh dikongsikan di blog aSpiraSiemasku
3. Anda diberikan sijil tauliah ejen daripada Public Gold
4. Kami di aSpiraSiemasku sedia membantu promosi jualan dan belian anda

Berminat sila hubungi kami di aSpiraSiemasku 019-2238072
Sekian

Cara Memiliki EMAS/PERAK Public Gold

1) Pilih produk yang berkenan di hati:
Jongkong 999.9: 20g, 50g, 100g, 250g Syiling: 50g
Dinar 916: 1 dinar, 5 dinar, 10 dinar (1 dinar= 4.25 g)
Perak 999: 250g, 500g, 1kg [Klik Sini]

2) Semak harga semasa "We Sell" (dikemaskini setiap 20 minit)
 | Bijak Emas | www.publicgold.com.my |www.publicdinar.com | SMS ke 32828, taip "public gold" atau "publicdinar"

3) Telefon/SMS aSpiraSiemasku untuk mengunci harga emas. [
Kos Pengangkutan]

4) Masukkan jumlah wang anda ke dalam akaun kami secara online/kaunter/mesin deposit tunai. Sila simpan resit sebagai bukti.Deposit 10% sebagai tanda jadi. [
Caj 5% untuk pembatalan pembelian]

5) Tetapkan tempat dan waktu untuk bertemu dan kami akan menghantar pesanan anda.

6) Pulang ke rumah,tunjukkan kepada keluarga, saudara-mara, rakan-rakan, kenalan dan cadangkan kami kepada mereka.

7) Untuk menjual semula, ikuti langkah di atas dan semak harga "We Buy".

24 February, 2011

Gold price trends for last 10 years

Salam pg jumaat buat para pelabur dan sekelian pembaca :)

Harga emas dunia utk 10 tahun yg lepas menunjukkan peningkatan sekitar 250%. Kenaikan hampir 25% setahun. Marilah sama sama tingkatkan taraf ekonomi kita melalui pelaburan emas.

harga emas 10th


Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal sememangnya jatuh cinta :)


Kami di aSpiraSiemasku sedia menjual dan membeli emas anda.
Rujuk bahagian produk, buat pilihan anda dan hubungi kami di aSpiraSiemasku@019-2238072

22 February, 2011

Anda bimbang memiliki EMAS !

Salam and Selamat pagi semua,

Hari ini kami ingin berkongsi sedikit fakta mengenai harga emas semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.
Melihat kepada trending kenaikan harga emas, ia merupakan satu pelaburan yg sangat baik dan bijak bagi anda yg sedar akan kebenarannya.

Disini kami sertakan rekod kenaikan harga emas sejak 5 tahun yg lepas.



Tahun 2005

Tahun 2006

Tahun 2007

Tahun 2008

Tahun 2009

Tahun 2010
Kesimpulannya :

1. Harga emas bergerak dpd harga rendah diawal tahun and meningkat sehingga diakhhir tahun. SO MASA TERBAIK UTK MELABUR ADALAH D'AWAL TAHUN
2.Harga terendah utk tahun berikutnya tidak akan mencecah harga terendah bg tahun sebelumnya (sentiasa meningkat)

Snapshot harga emas pada tahun 2009 (Bandaingkan dgn 'current price'):


Tahun 2010
Anda belum terlambat..setiap hari adalah permulaan bg anda yg bijak.
Jadikan emas aspirasi pelaburan anda.

Sekain dpd admin aSpiraSiemasku.
Hubungi kami di 019-2238072.


20 February, 2011

SALE 20g !!!!!























Tawaran 20g sehingga stock masih ada. Berminat sila contact saya di 019-2238072.

19 February, 2011

Pengenalan




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke laman sesawang aSpiraSiemasku. Kami adalah pengedar sah kepada Public Fine Gold International Sdn Bhd. yang menjalankan aktiviti jual/beli produk-produk jenama PUBLIC GOLD, PUBLIC DINAR, PUBLIC SILVER dan PUBLIC JEWELLERY.

Di aSpiraSiemasku , tujuan utama kami adalah mewujudkan kesedaran dan kefahaman tentang pelaburan emas & perak di Malaysia. Pelanggan-pelanggan kami bukan saja akan memiliki emas & perak tetapi juga dapat mendalami ilmu-ilmu emas terutamanya rahsia kelebihan emas & perak dan juga cara memaksimakan keuntungan daripada pelaburan ini.

Kami juga menyediakan peluang untuk anda menjalankan perniagaan emas & perak fizikal ini dengan menjadi ejen atau pengedar Public Gold di bawah rangkaian aSpiraSiemasku. Tunjuk ajar dan bimbingan akan diberi kepada anda selain daripada nama anda dipromosikan di dalam laman sesawang ini.

Selamat melayari laman web ini dan sila tinggalkan komen-komen anda yang bernas dan membina untuk team aSpiraSiemasku membaiki dan mempertingkatkan kandungan web ini. Jangan lupa untuk mendapatkan Emas Public Gold daripada Team aSpiraSiemasku.

Kami boleh dihubungi:
Mobile: +6019 223 807
 aSpiraSiemasku

Zakat Emas dan Perak

ZAKAT EMAS & PERAK

Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.

Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

DALIL WAJIB ZAKAT
 
Firman Allah s.w.t:

"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu"
(Surah At-Taubah: 34-35)
 

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka".

(Hadis riwayat Abu Hurairah)
 



KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS & PERAK

  • Emas Perhiasan Wanita
    • Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
    • Contoh:
      (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
      900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125

       
  • Emas Yang Disimpan
    • Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
    • Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
    • Contoh:
      Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
      90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112

  • Perak
    • Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
    • Contoh:
      800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18

    Sumber : http://web.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/emasperak.asp

18 February, 2011

Stock Collection

Salam semua...

setelah puas menunggu semalam ...akhirnyer aku berjaya juga dptkan stock hari nie...
itu pon kene buat appointment dulu...boleh tahan juga ramai org kat public gold...
so kpd anda diluar yg rase susah atau tidak ada masa utk menunggu..boleh hubungi kami di aspirasiemasku

segala pertanyaan anda akan dilayan and insyaallah stock sentiasa ada :)
rajin2 la pantau harga semasa....nanti kan cara2 utk membuat tempahan

-salam-

16 February, 2011

Produk PG

PUBLIC GOLD
****************************************************************
Klik sini
Klik sini
PUBLIC DINAR
---------------------------
KLIK UNTUK ZOOM

PUBLIC SILVER
 ****************************************************
KLIK UNTUK ZOOM

Kenapa Emas ' PUBLIC GOLD'

Telah diketahui ramai, Emas merupakan logam yang amat berharga dan merupakan lambang kekayaan seseorang. Beli emas dan menyimpan emas perlu dijadikan suatu budaya dikalangan kita orang Melayu kerana dalam keadaan ekonomi sekarang dengan hanya beli emas dan simpan emas mampu memberikan pulangan yang lumayan.

Namun mungkin timbul dalam hati kita emas apa yang patut kita beli ?. Saya telah membuat pembacaan berkaitan masaalah ini dan akhirnya saya telah menemui jawapan yang menarik. Cara terbaik untuk membeli emas adalah emas dalam bentuk jongkong atau bar dan bukannya barang kemas.

Beli emas dalam bentuk barang kemas adalah sesuai untuk kita pakai dan buat hiasan sahaja namun, untuk keuntungan jangka masa panjang yang maksima beli emas jongkong atau emas adalah yang terbaik. Saya rasa bersyukor bahawa di negara kita sudah ada syarikat yang menawarkan penjualan emas bar untuk simpanan keuntungan maksima ini. Syarikat yang semakin tersohor ini adalah Syarikat Public Fine Gold International Sdn.Bhd yang beribupejabat di Pulau Pinang.

Atas kesedaraan bahawa beli emas dan menyimpannya untuk keutungan maksima jangkamasa panjang ini,saya telah menyertai syarikat ini dan telah menjadi agen pemasar emas bar (Au999.9) dan juga dinar Public Gold (Au916).

Public Fine Gold International Sdn. Bhd (Public Gold) merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menjual emas pelaburan pada harga pasaran antarabangsa.

Syarikat yang berpangkalan di Bukit jambul, Pulau Pinang mempunyai falsafah untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan yang terunggul dan selamat.

Ini membolehkan masyarakat Malaysia membeli dan menjual emas fizikal pada harga yang kompetitif. Perbezaan di antara harga belian dan jualan yang rendah sekitar 5-6% adalah sangat menarik jika dibandingkan dengan kedai emas (sekitar 13% - 25%).

Produk yang dijual.Public Gold menawarkan 2 bentuk emas pelaburan yang terbaik iaitu:

1. Syiling emas 999.9

2. Jongkong emas / gold bar 999.9

Syiling emas.Syiling emas yang dijual adalah di dalam bentuk 50 gram

Jongkong emas / gold bar

Gold bar yang dijual oleh Public Gold adalah seperti berikut:

1. 20 gram

2. 50 gram

3. 100 gram

4. 1 kilogram

Sijil ketulenan emas.Setiap pembelian jongkong emas akan disertakan dengan sijil pengesahan ketulenan yang ditandatangani oleh "Assayer" yang diiktiraf. Ini bagi menjamin kualiti emas yang dibeli.

Bagaimana membeli emas Public Gold?Memandangkan Public Gold menjual emas mengikut harga pasaran emas antarabangsa, harganya sentiasa berubah-ubah.

Bagi pembeli daripada luar Pulau Pinang, terdapat kos pengangkutan yang perlu ditambah. Ia adalah seperti berikut:

1. 20 gram = RM10

2. 50 gram = RM20

3. 100 gram = RM30

4. 1 Kilogram = RM300

Jika pembeli hendak membeli, mereka boleh membuat tempahan dengan Public Gold ataupun membeli emas Public Gold melalui agen-agen di seluruh Malaysia.


Kebaikan membeli emas daripada Public Gold.Membeli emas dengan Public Gold mempunyai banyak kelebihan:

1. Stok sentiasa ada -Public Gold mengeluarkan sendiri produk emas mereka.

2. Harga yang jauh lebih rendah daripada kedai emas .

3. Memberi jaminan membeli balik emas mereka mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya , bengkok asalkan beratnya masih sama.

4. Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (sekitar 5%-6%).

5. Kualiti emas yang terbaik (jongkong emas dengan kualiti 24K).

6. Mempunyai agen yang ramai di seluruh Malaysia.

Pengiktirafan.

Public Gold telah menjadi syarikat pertama di Malaysia yang mencipta rekod "The Malaysian Book of Record" sebagai:

Pengeluar gold bar tempatan pertama mendapat pengiktirafan assayer dari segi ketulenan jongkong emas keluaran mereka.
 
Sumber: http://pengejaremas.blogspot.com/