27 April, 2011

Menilai Pasaran....

Salam buat pembaca semua,

Melihat kepada perkembangan semasa harga emas dan perak statik pada level tertentu. Harga emas beredar sekitar 1500 per oz manakala harga silver sekitar 45~50 oz. Sebelum ini kita dapat melihat lonjakan yang agak ketara bg kedua2 logam tersebut.

Peredaran harga ini banyak didorong oleh kadar inflasi yg tinggi. Kita dpt melihat matawang US semakin lemah. Hari ini menurut TV3, jangkaan Ringgit Malaysia berada pada RM2.85 berbanding dolar US pada hujung tahun ini.

Sesungguhnya nilai wang kertas tidak menjamin masa depan disebabkan ia disandarkan kepada keadaan tertentu. Ini boleh di cetak seberapa banyak tidak seperti emas dan perak yg terkawal pengeluarannya.

Melihat kepada trend semasa ramai yang semakin sedar dan mula berjinak2 dalam menyimpan emas dan silver. Kepada anda, janganlah memandang kepada harganya, TETAPI pandanglah kepada NILAInya.

'Ini adalalah pandangn peribadi berdasarkan data dan rekod yang lepas2. Tak ada jaminan yang pelaburan anda pasti mendapat keuntungan sentiasa. Sila dapat nasihat dari penasihat pelaburan anda.'



No comments:

Post a Comment