27 February, 2011

AR- RAHNU @ Pajak Gadai Islam

As Salam pembaca sekelian ,

Hari ini saya akan berkongsi tentang konsep Ar-Rahnu ataupun pajak gadai islam. Apabila bercakap mengenai emas kita tidak dapat lari dpd persoalan mengenai Ar Rahnu.
Ar Rahnu merujuk kepda mekanisme di mana suatu barang berharga dijadikan sandaran yg terikat dengan hutang bercagar yg boleh dibayar dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

Dalam maksud yg mudah adalah kita mencagarkan emas utk tujuan pinjaman.

Kenapa kita perlu ke Ar Rahnu, ini satu persoalan yg selalu ditanya. Bagi kebanyakkan tujuan adalah untuk mendapatkan wang utk tujuan tertentu. TAPI bg mereka yg bijak Ar Rahnu digunakan sebagai tempat utk mendapat modal utk tujuan pembelian emas sewaktu harga rendah. Itu yg saya lakukan. Duit yg anda dpt (sekitar 70% dpd harga cagaran) dan dtambah dengan sebahagian simpanan digunakan utk tujuan pembelian emas. Dgn cara begini anda dpt memaksimumkan simpanan emas sewaktu keadaan harga emas yg rendah.

Nantikan posting  pengalaman saya sewaktu berurusan di Ar Rahnu Agro Bank.

Sekian.

No comments:

Post a Comment